Monday 27 October 2014

Sistem Ternakan Ikan Tilapia Merah


Tilapia boleh dibiakkan dalam sangkar, tangki atau di dalam kolam sama
ada secara monokultur atau polikultur. Teknik pengkulturan terbahagi kepada tiga
sama ada ekstensif, semi-intensif atau intensif. Penternakan dalam sangkar biasanya
dilakukan dalam tasik, empangan, sungai, tali air atau di lautan luas. Penggunaan
sangkar adalah lebih baik berbanding kolam dan tangki kerana menjimatkan kos,
kepadatan stok boleh ditingkatkan dan pengurusan yang secara relatifnya adalah lebih
mudah. Biasanya, penternakan di dalam sangkar dilakukan di kawasan yang
mempunyai sumber makanan semulajadi yang banyak dan terlindung daripada angin
10
kencang dan ombak. Sangkar terdiri daripada dua iaitu sangkar pegun atau sangkar
terapung. Pemilihan sangkar bergantung kepada kedalaman air. Sangkar pegun
sesuai digunakan di kawasan yang agak cetek manakala sangkar terapung pula
digunakan di kawasan yang mempunyai kedalaman 5 m.
Kolam digunakan dalam pelbagai keluasan berjulat antara 0.25 – 2 hektar.
Kedalaman air sebanyak 1 – 1.5 m dikekalkan. Tiga kaedah pengkulturan boleh
dilakukan di dalam kolam penternakan. Kaedah ekstensif melibatkan penghasilan
makanan semulajadi di dalam kolam dengan kaedah penyuburan tumbuhan dalam
kolam dengan menggunakan baja organik dan kimia. Kaedah semi-intensif melibatkan
pemberian makanan tambahan kepada ikan di samping membaja makanan semulajadi
yang sedia wujud di dalam kolam. Kaedah intensif melibatkan pemberian makanan
yang cukup kepada ikan dan penukaran air kolam kerap dilakukan untuk mengekalkan
kepadatan yang tinggi. Bagi kaedah intensif, pemilihan kawasan serta penyediaan dan
pembinaan kolam secara asasnya sama dengan pengkulturan bagi spesis lain.
Pengkulturan intensif tilapia di dalam tangki memerlukan makanan tiruan
yang menyebabkan pengurusan air adalah kritikal. Saiz tangki adalah antara 20 – 500
m2 dengan kedalaman antara 1.2 – 1.5 m. Namun, penggunaan tangki memerlukan
kos yang tinggi untuk infrastruktur dan operasi. Antara kos yang lain termasuklah
sumber bahan api, tenaga manusia dan penyenggaraan.
Amaun makanan yang diperlukan oleh tilapia bergantung kepada kaedah
pengkulturan yang digunakan. Makanan komersial diperlukan bagi tilapia yang dibiak
dalam tangki atau kolam yang mempunyai sumber makanan semulajadi yang kurang.
Kadar pemakanan diubah-ubah bergantung kepada berat purata ikan dalam suatu
kolam penternakan.

Tilapia dalam sangkar akan menikmati makanan semulajadi seperti
plankton yang tumbuh liar dalam tasik dan hanya memerlukan makanan tambahan
dalam amaun yang sedikit. Penggunaan makanan tambahan diperlukan bagi
pengkulturan secara intensif dan semi-intensif. Baja organik dan bukan organik
diperlukan bagi pertumbuhan sumber makanan semulajadi bagi dua bulan pertama
pengkulturan. Dalam bulan ketiga dan keempat pengkulturan, sumber makanan
semulajadi menjadi semakin terhad dan oleh itu pemakanan tambahan diperlukan

Sunday 26 October 2014

BERKENAAN KOLAM PAK AMIR

 kolam pak amir adalah pengeluar benih ikan air tawar khususnya ikan keli,tilapia hitam dan tilapia merah.Dengan berpandukan pada pengalaman lebih 17 tahun di dalam bidang akuakultur kolam pak amir mampu menghasilkan benih ikan yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan.KPM sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke kolam kami di kampung baru si rusa port dickson.